Isi Kandungan

Link Ex-change

Tulis[dot]indie

Ditulis oleh Rimza

10 Cara Mengatasi Perempuan Yang Kuat Membebel (Bagi Lelaki).

Beberapa tips yang boleh di gunakan oleh para lelaki untuk mengatasi bebelan perempuan yang tidak tahu apa ke bendanya.

1. Tidur serta merta.

Penting untuk anda tidur ketika si dia membebel. Jika boleh latihkan diri untuk tidur mati apabila si dia memulakan bebelannya.Jika anda berada di tengah-tengah ruang tamu adalah tempat yang paling sesuai untuk anda tidur terus di situ.

2. Bagi respon “dah mula dah,dah mula dah”

Jika si dia sudah mula membebel. Anda hendaklah memberi respon serta merta secepat mungkin. Respon anda hendaklah berbunyi seperti ini “dah mula dah,dah mula dah”. Sila buat muka menyesal dengan ikhlas tapi jauh.

3. Capai telefon bimbit dan buat panggilan.

Cara ini paling berkesan, jika si dia sudah mula hendak membebel. Lihat muka si dia sebentar sambil membuat mata ihklas tapi jauh kepada si dia. Kemudian capai telefon bimbit anda dan terus membuat panggilan. Jika ketika itu kredit panggilan anda tidak ada. Jangan kuatir, sila hubungi “customer care line” untuk berbual dengan operator yang sedang bertugas. Nota tambahan, jangan menukar perbuatan membuat panggilan dengan membalas atau menghantar sms kerana dikuatiri talifon bimbit anda akan dibuang atau campakkan ke longkang berhampiran.

4. “I baru teringat”

Tips ini sesuai untuk lelaki yang berumur 25tahun ke atas sahaja. Sedang si dia sedang membebel, secara kuat dan reaksi tersedar keluarkan kata-kata berikut “I baru teringat” atau “saya baru ingat”. Bila si dia memberi respon kepada berbuatan anda, pandai-pandailah tukar topik (dari nak dengar dia membebel,yer tak).

5. Berzikir

Tips ini sangatlah sesuai tambah-tambahan bila bulan puasa. Secara lantang, tegas dan kuat anda berzikir di hadapan si dia. Perbuatan ini jika dilakukan bersama geleng kepala sangatlah berkesan. Lagi laju atau banyak bebelan si dia lagi lagu zikir dan gelengan kepala anda.

6. Biskut atau “cookies” kegemaran si dia.

Sediakan biskut atau cookies kegemaran si dia yang telah dibalut dengan plastik di dalam saku seluar anda. Jika si dia hendak mula membebel masukkan biskut atau “cookies” kegemaran si dia ke dalam mulut dia. Jika perbuatan ini selalu anda lakukan dan mendapat respon kurang senang dari si dia. Sila beri jawapan seperti berikut “saya ingat awak membebel ini sebab lapar tadi,itu yang saya suapkan biskut kegemaran awak”

7. Buat-buat tanya.

Bebelan bukanlah sesuatu yang menarik untuk didengari. Dengan itu, adalah lebih baik untuk anda untuk buat-buat tanya. Contoh ” eh,tadi sebelum kita keluar,awak dah bagi kucing kita makan?” atau “tadi awak ada masak airkan, dah tutup ke suiz tadi?”. Buatlah tanya apa-apa sahaja selain berkenaan bebelan si dia.

8. Kampung halaman.

Si dia pasti akan tersentak dan berhenti membebel bila anda mengingatkan si dia tentang kampungan halaman. Kampungan halaman menunjukkan tempat asal dan membesar si dia. Secara tersiratnya, ia adalah untuk memberi peringatan atau menasihatkan si dia tentang asal dan kedudukan si dia suatu masa dahulu. Bak kata pepatah melayu “sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat bermain”.

9. Menenangkan Si dia.

Tips ini hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh seperti orang yang berlakon drama bersiri. Dengan melihat ke kiri dan ke kanan, angkat tangan anda pada paras dada serta tapak tangan ke hadapan. Keluarkan kata-kata berikut “bertenang yang, bertenang yang”. Memek muka hendaklah dalam keadaan cemas dan badan serta kepala diturun naikan perlahan-lahan. Lagi berkesan jika anda buat lebih kalut dari keadaan bebelan si dia. Pasti si dia ketawa dan menunjukkan muka yang manis.

10. Iyakan saja.

Tips terakhir pada entry kali ini adalah yang paling berkesan untuk semua. Berdiamkan diri dan mengiyakan sahaja. Setelah banyak pengorbanan yang si dia lakukan untuk kita,biarkanlah si dia membebel seketika. Sekejap lagi dia sesudah penat diamlah si dia tu. Jangan ambil hati tentang apa yang si diakan katakan. Jika boleh pujilah si dia ketika dia membebel atau sesudah si dia membebel. Antara puji-pujian yang boleh di ambil sebagai contoh “lagi banyak u membebel, lagi kuat cinta i dekat u” atau “awak tau tak, kalau awak tengok muka awak dekat cermin masa awak membebel nampak cute sangat,suka saya tengok tau”.Lebih berkesan berikan juga hadiah seteleh si dia penat membebel dan jangan amik hati tentang respon atau kata-kata si dia setelah itu jika menyinggung perasaan. Biasalah perempuan banyak mulut.

Ditulis oleh Rimza

Fw: Tulis(dot)indie via MMS

Fw: Tulis(dot)indie via MMS, originally uploaded by tulis_indie.

Ditulis oleh Rimza

Dera Amah, antara gila atau dendam dan budi atau perkauman.

Pernahkah anda mendengar lagu bertajuk Heal The World dendangan suara lunak Michael Jackson. Lagu yang menceritakan tentang kasih dan sayang. Kasih sayang yang hendak penulis katakan adalah kasih sayang sesama masyarakat dan manusia. Masih adakah kasih sayang sesama manusia di antara kita di kalangan masyarakat di Malaysia.

Muslim Abah Kau

Baca Selebihnya Dera Amah, antara gila atau dendam dan budi atau perkauman.

Ditulis oleh oranglidi

Summary Ringkas Filem Adik!- dari kacamata oranglidi

Lu penah dengar filem bertajuk Adik? Wa zaman baru-baru lahir dulu pernah tertengok cite ni.. Time kasih ntv7 yang sudi tayangkan semula semalam!  Memang sebuah cite yang syok. Kalau lu lihat plot citenye, memang ringkas tapi sangat bermakna. Latar masa cite ni adalah zaman PM kite Tun Dr.Mahathir.. Yang wa kaji dulu, cite ni ditayang tahun 1990.. dan ada award yang dimenangi..

Latar masyarakat pulak ada beberapa lapisan kasta.. Yang menariknya ada masyarakat mekanik, masyarakat kaya-kaya sikit, masyarakat orang kurang siuman, masyarakat kanak-kanak dan masyarakat kutu dadah .. haha.. Pengarah dan pencipta filem ni memang membuat wa terkejut.. Dato’ Aziz Satar rupanya woi!..Pandai die cari kisah sebegini..

Wa malas nak ulas panjang lebar sebab wa bukan penulis sektor perfileman dan hiburan. Filem ni bintang utamanya Mustafa Kamal zaman ‘rock ringan-ringan’ dengan bernamakan Rosli. Memang berpenampilan macho. Badan memang geng-geng bodi builder. Rambut paras tulang kipas, pakaian ala-ala rocker, kerja pulak kat kedai baiki kereta Gary (wa x ingat nama sebenar bengkel tu). Watak yang paling menonjol sudah tentulah si ‘Mr Os’ waktu muda remaja.. Menjadi adik kepada si Rosli. Os ni walaupun dah besar, die tetap berpikiran kanak2 sebab penyakitnya. Kesian gile wei.. Kalo lu tengok, kawan-kawan die sume budak2.. Hahaha.. Yang penting kawan-kawan die sume kiut. Ada si Buzen dan si Tam (ala, yang belakon dalam cite Cili Padi tu!) mase kecik dan sangat comel..

Konflik cite ni bermula bila si Rosli jatuh hati dengan si Ayu (NorAlbaniah-lu kenal x awek ni? skang jadi watak ibu-ibu je dalam drama swasta).. Rosli jadi serba salah sebab Ayu kurang suka dengan Os. Wa rase nak lempang je bile si Os kena hantar Hospital Bahagia.. Kesian gile.. Cite ni tak kurang hebatnya sebab dibintangi juga pelakon handalan sebagai watak sampingan seperti Accapan dan Osman Kering. Acappan selaku kawan baik si Rosli dan juga watak membantu si Rosli sebagai penasihat dan pelerai keadaaan. Osman Kering pula melakonkan watak penjaga di Hospital Bahagia.. Berpenampilan kacak dan sangat lawak dengan loghat pantai timurnya, menjadi penjaga kepada si Os. Dialog yang tak boleh wa lupakan adalah masa si Os duk maen2 dengan tepon pejabat. Die bilang ” Mu jangan maen tepon! Kekgi ye kerkoh mung!” kerkoh=gigit.. haha..

Cite ni diwarnai juga watak jahat daripada Yusof Wahab sebagai Azman yang terlibat dalam sindiket dadah. Azman ni jugalah yang banyak mencetuskan serabut-serabut dalam filem ni.. dahla syok kat Ayu jugak.. Siap upah berader jahat sebab nak blasah Rosli. Last2 orang die gak kena belasah sampai cabut gigi dan hilang mata hitam!.. haha..

Antara babak-babak yang menyentuh hati wa adalah ketika Os tertikam si Rosli dengan pisau (sebab marah dengan Rosli yang nak hantar die ke Tanjung Rambutan). Si Rosli lempang Os dengan kuat waktu itu. Pergh.. menusuk jiwa woi!.. Lagi scene yang best adalah scene Os lari daripada Hospital Bahagia sampai menyorok atas pokok. Haha.. padahal abangnya nak keluarkan die dari situ.. lagi satu babak menarik adalah, pengarah filem, Dato’ Aziz Satar turut turun padang berlakon sebagai orang gila. Walaupun sekejap, wataknya cukup memberi makna. Ade ke patut? die jalan gaya orang mintak duit dengan pusing2.. ahaha.. lu wajib tengok babak tuh!

Satu scene yang wa minat adalah mase si Os tidur dengan memeluk bantal berbentuk penyu, sebab wa pernah ada benda tu kecik-kecik dulu. Kahkahkah! Di samping itu, wa terusik dengan scene Rosli bersedih dan berfikir sorang2 kat pantai.. Lagu yang dimainkan mase tuh adalah lagu Sendiri-Jamal Abdillah.. Pergh.. Best!

Cite ni berakhir dengan penangkapan si Azman dan konco2.. Os dikira membantu Polis, padahal die tengah maen polis and thief je mase tu.. Cuak si Azman tengok pistol mainan yang Os pegang sehingga tertangkap oleh polis baju biru laut dan suar coklat cerah… Latar tempat cite ni sekitar area KL je.. Cume yang Hospital tu je scene dilakon kat Tanjung Rambutan, Perak. Scene terakhir pun kat balai Polis Gombak.. Moral cite ni? Jaga lah adik beradik dan keluarga lu dalam apa jua keadaan! Ibarat kata Accapan kepada Rosli: ” Makwe lu boleh cari, tapi adik tak boleh wat ganti!” Kalau lu nak tau latar cite ni, lu boleh lawat : Laman web ini. Takpun, baik lu tonton je terus filem Adik!

Ditulis oleh Rimza

Impian Malaysia

Hari ini, jika melihat kepada negara maju seperti amerika pastinya menarik pelbagai jenis lapisan masyarakat untuk menikmati kehidupan di negara yang sedia maju itu. Ungkapan seperti “impian Amerika” pernah menjadi siualan ramai terutama mereka yang berhijrah ke tanah bertuah yang menjanjikan seribu keindahan.

Tidak ada bezanya jika kita membandingkan apa yang berlaku kepada Malaysia hari ini. Kesuburan dan kekayaan ekonomi serta kecanggihan teknologi pengangkutan telah menarik pelbagai lapisan masyarakat dari segala pelusuk dunia untuk mencari rezeki di sini. Ada juga yang mencari kehidupan baru serta ingin menetap terus di sini dan ada pula yang hanya mendatang sekali sekala untuk menikmati keindahan tanah ini. Ada yang menuntut ilmu dan ada juga yang mencari jodoh di sini.

Jika di amerika ada instilah “impian amerika”. Bagaimana pula tentang mereka ini. Apa pula “impian Malaysia” mereka. Adakah impian mereka dan keinginan mereka sama seperti apa yang ada di Malaysia? Lihat sahaja beberapa perkampungan kecil yang dibina oleh masyarakat kulit hitam di taman-taman perumahan. Bukan hendak perkauman atau menilai sesorang dari warna kulitnya malahan amalan sebegini tidak pernah wujud di dalam budaya masyarakat melayu itu sendiri tetapi kehadiran dan aktiviti mereka menimbulkan pelbagai kesangsian. Tidak lama dahulu, ada satu kes di mana sekumpulan remaja kulit hitam pernah dikatakan terlibat di dalam kancah masalah sosial seperti minum arak kerana kurang fasiliti beriadah di kawasan pengajian tinggi di siber jaya. Logikkah pusat pengajian tinggi yang ada di sana tidak mampu menyediakan kawasan riadah sedangkan mampu mengambil mereka ini dari jauh beribu batu. Semua ini boleh dikaitkan dengan “impian Malaysia” mereka. Apa yang mereka mahu dan apa yang mereka paham tentang Malaysia.

Konsep “impian Malaysia” tidak harus terbantut hanya kepada mereka yang berhijrah ke Malaysia. Logiknya, penduduk di Malaysia juga harus mempunyai “impian Malaysia” mereka sendiri. Ramai yang telah dilahirkan di tanah yang dikatakan bertuah ini tetapi berapa ramaikah antara mereka yang ada “impian” dan hatinya di sini. Mereka yang dikatakan anak jati Malaysia seharusnya sekurang-kurangnya memiliki satu impian ke atas kehidupan dan tempat tinggal mereka. Tidak perlulah terlalu keterlaluan dan haruslah sesuai dengan suasana di sini. Apa anda ingat ini amerika? “Impian” ini juga haruslah tidak malu dan guras untuk dinyatakan dan impian ini haruslah selari dan dihormati dari “impian” mereka yang datang ke sini jua.

Justeru itu, dari “impian Malaysia” penduduk Malaysia barulah lahirnya “impian Malaysia” mereka yang berhijrah. Bukan mereka yang datang buat budaya dan mencorakan suasana Malaysia tetapi rakyat Malaysia yang sepatutnya berbuat demikian. Apakah “impian Malaysia” anda?

Ditulis oleh adielleida

tudung-gaya yang mana???

jenis-jenis tudung :

1.Tudung ‘Mickey Mouse’

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung ‘See Through’

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung ‘Singlet’

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

tambahan dr org lidi

7.tudung super!

yakni tudung labuh.. sesuai dipakai orang muslim.

ingin mengetahui lebih lanjut layari http://shuhmy.multiply.com

Ditulis oleh admin

Memohon Maap

Saya dari pihak admin ingin memohon maap ke atas komen-komen dan pandangan yang pembaca berikan hilang begitu sahaja. Semua ini berlaku kerana masalah teknikal. Maap juga kepada semua kerana tulis.indie agak tidak aktif kerana agak kesibukan kebelakangan ini. Sekali lagi mohon maap dari pihak admin yang masih mentah ini.

Ditulis oleh miss lemon

Bagaimane membuat souvenir perkahwinan anda menjadi lebih menarik dan tertarik

Eh tiba-tiba tulis dot indie jadi website perkahwinanlah pula tapi tidak apa.Mana tahu siapa-siapa yang terdatang dekat sini kebuntuan nak membuat souvenir pembaca lebih menarik. Jadi, disinilah penyelesaiannya tidak terhad kepada souvenir perkahwinan, pembaca juga boleh digunakan juga untuk hadiah hari lahir, bertunang atau hendak diberi kepada kawan-kawan.

Aktiviti ini sangat menyeronokan jika dibuat beramai-ramai. Jangan pula buat seorang diri sebab akan mengambil masa yang lama. Lebih menyeronokan jika dibuat sambil menonton konsert AF dekat tv sambil makan popiah yang sedara anda masak dan sambil minum teh. Tetapi ingat makan tu makan juga tapi tangan tetap bergerak.

Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kite tengok bahan-bahan yangg diperlukan untuk membuat souvenir ini.

1. Gunting

2. Gam pistol atau gam uhu

3. Kain jarang-jarang yang menarik (tidak tahu la name die kain apa. Jadi, pembaca pilihlah kain yang sesuai,kalau untuk perkhawinan, pilihlah ikut tema ya)

4. Riben mengikut tema pilihan anda

5. Rama-rama sebagai penambah perisa

6. Benang

7. akhir sekali barang penting iaitu souvenir tersebut dan seperti dalam kes ini, souvenir tersebut ialah keychain kerang. Kalau benda lain pun boleh, mengikut kesesuaian.

bahan2 diperlukan
bahan-bahan diperlukan

Jadi, mula-mula apa yang perlu anda buat ialah kita buat hiasan dia dulu..


Pertama skali kita potong riben dengan kepanjangan yg sesuai.

Kita potong riben putih dulu, lepas potong riben putih, silangkan riben dan kemudian gam.

riben putih disilangkan n then gam gune gam UHU
riben putih disilangkan n then gam gune gam UHU

lepas itu, potong pula riben merah untuk bentukkan dia jadi riben yang kelihatan kembang.

bentuk riben jd cenggini ye
bentuk riben jadi begini.

lepas itu gamkan riben putih atas riben merah tadi. Kemudian, lepas gam riben tadi, gamkan pula rama-rama hiasan atas riben yang tadi sampailah kelihatan seperti gamba di bawah.

4
beginilah hasilnya

Hiasan itu bukanlah buat satu-persatu tetapi haruslah dipotong banyak-banyak terus okeh. Selepas itu,gam secara banyak cepat dan effektif

Jadi sekarang kita masuk ke peringkat kedua pula. Iaitu membalut hiasan keychain.

mula-mula, cuba anda perhatikan, sebelum dimakeover, keychain nampak begitu bosan dan bersahaja.

keychain nmpk x menarik dalam plastik biase..
keychain nampak tidak menarik dalam plastik biasa.

Jadi, apa tunggu lagi, kita bukakan keychain dari plastik ia.

sebelum dimakeover
sebelum di”makeover”

lepas itu, potongkan riben putih, gam dekat belakang keychain untuk jadikan dia penyangkut.Jadi, dari menjadikan keychain, benda ini juga boleh disangkutkan merata-rata.

gam riben ngan gam UHU supaye lebih kuat dan sihat..
gam riben dengan gam UHU supaya lebih kuat dan sihat.

wat banyak2 sekali
buat banyak-banyak sekali

selepas itu, bolehlah diambil kain jarang-jarang yang menarik tadi untuk dibalut elok-elok.

lilitkan ngan benang ye kawan2
lilitkan dengan benang ya kawan-kawan

lepas itu, gamkan hiasan yg kita buat awal-awal tadi dekat keychain yang kita baru balut tadi.

jadi le die cenggini
jadilah ia begini

Jadi, jeng jeng jeng…hasilnya, lebih menarik bukan.

nie la die hasilnye
inilah dia hasilnya

tidak lah susah sangatkan. Semakin berseri-serilah souvenir pembaca jadinya. Selain dari dijadikan keychain sahaja, souvenir ini boleh juga digantungkan dekat tombol pintu bilik, kat dalam kereta dan sebagainya.Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita ramai-ramai mencuba

p/s: kredit kepada sepupu penulis, idea beliau sangat kreatif..:)

Ditulis oleh Rimza

Selamat Pagi Cikgu

Selamat hari guru, begitulah ucapan hati ikhlas seorang murid ataupun pelajar kepada guru. Sambutan hari guru di Malaysia begitu sinonim dengan alam persekolahan, tidak kiralah di sekolah rendah atau menengah. Sambutannya mesti sangatlah dinantikan oleh para pelajar-pelajar mahupun seorang yang bergelar guru di sekolah.

Ironiknya, selamat hari guru, begitulah ucapan iklhas seorang murid kepada guru. Masih menjadi persoalan, adakah Baca Selebihnya Selamat Pagi Cikgu

Ditulis oleh oranglidi

“Hari Guru dan cikgu Poji”

Hari itu cikgu Fauzi mendengus kuat. Sedih katanya. Kadang-kadang tampak tension di air mukanya.

#####

“Kalau kamu lambat lagi aku rotan kamu depan perhimpunan!” tegas Encik Poji (gelaran manja).Golongan pengawas perpustakaan dan pengawas selalu menjadi mangsanya. “Mana boleh kamu ambik masa aku untuk meeting2, tugas- menugas2!!”. Padan muka. Berkerut muka korang. hhaahaa..
Nasib baik wa tolak permintaan guru department disiplin untuk menganggotai pengawas2. Hahahaa..

Antara babak paling mengerikan cik Poji pernah buat adalah melempang kawan wa menggunakan papan Lukisan Kejuruteraan. Sape suh lu x reti buat? hahah.. Subjek melukis-lukis ni memang wa minat.

Golongan student paling macho adalah dari golongan LK punya kelas. Adik2 junior memandang kami hebat..

Budak medik@Bio duk menghapal kulit, sistem pembiakan sampai jadi gila. Kami memang sempoi. Kalau pegi kelas LK kami pakai beg rotring.. (yang ada papan, kertas a3, pembaris lentur, set jangkalukis dll). Junior wanita bilang kami seksi dengan beg itu.. wa tak ambil peduli dengan pujian-pujian macam tu.. wa takkan ambik adik angkat punya..

haha..

Bila cikgu Poji mengajar pasti ada benda-benda out of topik yang keluar.. kutuk mengutuk pengetua lah.. Bincang masalah keluargalah.. harga langsirlah.. tapi bila beliau takde mood!, nasib baik moodnya selalu ada..

Ketua kelas wa yang badannya kecik selalu mendapat tumpuan cik Poji. Kalau ada budak datang lambat, dialah yang kena dulu. sampai satu tahap ketua kelas wa kena kuarantin dalam bilik suis 14minit.. hahaha.. memang ala2 nazi! cis.

Gaya yang membuatkan wa teringat akan cik Poji ni adalah gaya sebelum merotan budak. Rotan diletak didagu pesalah dengan sedikit tolakan. Kalau salah langkah, merah dagu seminggu. Tapi katanya marah kerna sayang.. mendidik katanya..

~~ Hari-hari sebelum SPM~~

“Saya dah buat analisa.. soalan lukisan pengorakan takkan kuar. Fullstop!”. Itulah antara tips sebelum kertas LK.. Kami patuh dan akur. Segala jenis latihan dan soalan peperiksaan dijadikan latihantubi. Sampai satu masa, kawan wa Azmi namanya, pergi degil2 buat latihan pengorakan.. Cis! Melawan nampak Mie? Dahla terkantoi depan2 dengan cik poji.. Mie didenda pumping dekat area kolam ikan..

~~dalam dewan peperiksaan terakhir~~

Wa dengar ramai mencarut-carut dengan kuat. Ada yang histeria tiba-tiba.. ada juga yang menangis seorang diri.. wa dah gumpal habis slip peperiksaan.

Cik Poji menunggu diluar dengan senyuman. Wa keluar paling awal haritu.

“Amende ni cikgu!?? Kate tak kuar!” student2 celupar bising-bising.. Ya, topik tu memang cik Poji tak pernah ajar. Yakin katanya.. takkan kami nak karate tengkuk cikgu terbaik negeri? dah tentulah kami percaya bulat-bulat!!
~
Hari itu cikgu Fauzi mendengus kuat. Sedih katanya. Kadang-kadang tampak tension di air mukanya. Mie dan wa? Kami senyum panjang..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK.. KERNA ANDALAH KAMI BEGINI HARI INI